Saturday, September 18, 2010

DULU AJL 20.SELEPAS ITU IKLAN RAYA DAN SEKARANG PULA MELODI RAYA.

Selepas isu AJL KE-20 penuh dengan simbul illuminati dan freemason,iklan hari raya yang menghina islam.kini saya tunjukan pula satu program yang pada dasarnya memang salah disisi agama iaitu MELODI.jika anda ada menonton MELODI RAYA tahun ini,anda yang mengkaji freemason dan illuminati pasti akan ternampak simbol yang sering ditunjuk didalam melodi raya tahun ini.lupakan tentang gosip-gosip artis murahan itu.itu bukan yang ingin saya ketengahkan.tetapi simbol dua tiang dan pintu gerbang yang ada didalam melodi raya tahun ini.saya tidak dapat mencari video bagi melodi raya tahun ini di youtube.jadi saya akan beritahu simbol-simbol yang anda nmpk bila anda cari sendiri video nya.perhati kan bila artis zaman ini dan artis zaman dulu menyanyi.di belakang atau didepan mereka mesti ada simbol dua tiang dan pintu gerbang.saya tidak tipu.anda cari dan lihat lah sendiri.


ini membuatkan saya bertambah heran.siapakah ahli freemason didalam tv3 atau media prima?!.

BILA PERDANA MENTERI KITA SENDIRI ORANG FREEMASON!.


Sebelum anda ingin menuduh saya pengkianat bangsa,izinkan dahulu saya untuk memberi anda satu fakta yang tidak anda ketahui selama ini.kegiatan freemason di malaysai sudah berada di negara kita sejak nama malaysia tercikta lagi.sejak zaman tanah air kita bergelar tanah malaya.
ianya bermula dengan kemasukan Belanda di Melaka pada tahun 1511 Masihi. Kemudian diikuti dengan perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara Sultan Perak dengan Inggeris. Lalu J.W.W Birch dilantik menjadi Residen Inggeris di Perak. Frank Swettenham dilantik menjadi ketua Residen yang menasihati Raja-raja Melayu. Kemudian Freemason berkembang ke Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina dan lain-lain.

sesuatu yang menjadikan tanda tanya kepada saya,benarkah najib salah seorang ahli freemason.disini ada beberapa fakta yang membuatkan ianya nampak benar.antaranya:
  • Dato’ Najib amat sukar untuk bersumpah dengan menyebut nama Allah, tetapi sering menggunakan perkataan “ saya bersumpah dengan nama Tuhan”. Jadi, Tuhan apa yang dimaksudkan? Sedangkan Freemason tidak percaya kepada mana-mana tuhan. Adakah menyebut perkataan ‘Tuhan’ itu sekadar untuk mengelabui mata kita sahaja?
  • Rasanya kita tidak pernah mendengar Dato’ Najib mengkritik kezaliman Yahudi di Palestin, tetapi seringkali melabelkan pejuang Islam sebagai pengganas. Beliau telah memegang prinsip-prinsip Freemason kah?

Thursday, September 9, 2010

LAMBANG-LAMBANG FREEMASON DAN ILLUMINATI DI MALAYSIA.

Untuk pengetahuan anda.freemason dan illuminati telah bertapak malaysia sejak sebelum kita merdeka lagi.tapi kita telah terlepas pandang tentang gerakan ini.tidak siapa tahu yang gerakan ini telah merancang untuk menghapuskan dan membuat huru-hara dikalangan umat islam seperti yang telah lakukan kepada ottoman empire,the sole protector of the muslimins.
lambang-lambang kumpulan mereka ini telah dibina dinegara malaysia kita tanpa disedari.lambang-lambang yang selalu diguna pakai oleh gerakan ini ialah seperti :
  1. PIRAMID
  2. MATA SATU.THE ALL-SEEING EYE(DAJJAL)
  3. STAR OF DAVID
  4. SALIB TERBALIK
  5. TENGKORAK
  6. CHECKERED FLOOR
  7. SIMBOL DUA TIANG
simbol-simbol inilah yang selalu digunakan oleh gerakan freemasonry dan illuminati.lambang ini telalu banyak dimalaysia.sehinggakan anda boleh hampir gila bila mengetahui simbol ini ada disekitar kita.

biar saya tunjukan satu persatu contohnya.



 SURIA KLCC!.simbol dua tiang.pehatikan persamaan kedua gambar ini.adakan ini hanya kebetulan?.

PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR).adakah mereka betul membawa keadilan kepada anda atau mereka cuma salah satu platform gerakan dajjal ini?.pehatikan simbol mata satu pada bendera PKR.nampak?.haha.kebetulan?.perhatikan juga dua tiang merah di tepinya.lambang dua tiang ini bermaksud tempat keluar nya dajjal.dan dibendera PKR kita boleh lihat simbol-simbol ini.SATU KEBETULAN BESAR BUKAN?!.


THE EYE OF MALAYSIA.haha.lagi satu simbol baru yang telah dibina di tengah-tengah bandar kuala lumpur.ingat lagi lambang mata satu(the all-seeing eye)?.ini bermaksud kita telah diperhatikan oleh dajjal si mata satu ini.kebetulan lagi?.


 JABATAN PERKHIMATAN AWAM(JPA)!.tidak perlu saya terangkan.anda sudah boleh nmpak simbol piramid dan mata satu ditengah piramid tersebut.banyak betul kebetulan bukan?.
 
SUNWAY PIRAMID!.piramid adalah salah satu simbol bagi illuminati sejak mereka mempratikan ajaran kabbalah ini.dan untuk sunway?.sun bermaksud matahari dan way bermaksud laluan.jadi ianya menjadi laluan matahari dimana perkara adalah proses ketika freemason dan illuminati ini melakukan ritual penyembahan setan.

.KONSPIRASI DAJJAL.

ILLUMINATI.


Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschid yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

maklumat diambil dari MISTIKFILES.

.KONSPIRASI DAJJAL.

FREEMANSONRY.
anda pernah mendengar nama pertubuhan ini?.tidak?. tidak mengapa,hari kali ini saya akan terangkan tentang pertubuhan ini yang dimana ianya adalah satu pertubuhan penyembah dajjal yang paling lama wujud dan paling besar diseluruh dunia.

freemansonry ini adalah organisasi persaudaraan antarabangsa.freemanson moden telah ditubuhkan pada tahun 1717 di grand lodge,london.fakta-fakta lain telah menyatakan yang freemansonry sebenarnya ditubuhkan pada abad ke 14 di scotland,ketika knight templer dihapuskan oleh raja philipe le bel dan paus clement V.

freemansonry telah dibahagi kepada dua di eropah,iaitu scotland rites dan york rites yang telah disebarkan dimalaysia sejak zaman dulu lagi.

freemasonry adalah campuran ajaran sesat ritual mistik kabbalah dan gerakan politik.salah satu contoh gerakannya adalah bilderberg group.kita telah dibrainwashkan yang bahawa gerakan freemasonry adalah gerakan yang menumpukan kepada kebajikan sosial.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

.SAYA CUMA PENGKAJI.

Sebelum aku mulakan penulisan blog ini,biar aku terangkan sedikit tentang mengapa blog ini aku hasilkan.
blog ini dicipta untuk menunjukan kepada anda-anda semua tentang KONSPIRASI TERBESAR didunia yang tidak disedari oleh kita.dan konspirasi ini telah menjerumuskan kita kepada ajaran penyembahan dajjal tanpa kita sedari.YA!,saya tidak berbohong kepada anda.saya akan tunjukan semua bukti kepada anda.

Biar saya terangkan sedikit maksud KONSPIRASI.konspirasi bermaksud rancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang.(berbentuk politik).ini adalah maksud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka.


tahukah anda yang dunia kita ini telah dikawal oleh konspirasi besar tanpa kita sedari.nantikan entri saya yang seterusnya.dimana saya akan terangkan dua kumpulan besar konspirasi DAJJAL yang kita tidak sedari.
assalamualaikum.